GEORGE TOWN – Dua sahabat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menyeret seekor anjing betina dengan motosikal hingga menyebabkan haiwan itu mengalami kecederaan pada kaki, September lalu.

Tertuduh, Lee Beng Hooi, 62, yang merupakan seorang mekanik bersama rakannya, Yeoh Keat Chye, 62, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Irwan Suainbon.

Mengikut pertuduhan, tertuduh secara bersama telah menyeret seekor anjing betina warna hitam yang diikat dengan seutas rantai besi di atas permukaan jalan dengan menggunakan sebuah motosikal jenis Honda EX5 hingga menyebabkan haiw