LUMUT: Seorang lelaki warga emas cedera ringan selepas rumah yang didiaminya runtuh di Kampung Raja Hitam di Ayer Tawar, Manjung, di sini hari ini.
Dalam kejadian itu, mangsa berusia 72 tahun ditemukan berada di bawah timbunan kayu sebelum berjaya dikeluarkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Penolong Pengarah Operasi JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 2.21 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Tawar digerakkan ke lokasi kejadian.
Katanya, setibanya di lokasi, anggota bomba mendapati rumah setingkat kelas C yang usang dan reput itu telah runtuh sepenuhnya dengan mangsa berada di bawah timbunan kayu.









