KUALA LUMPUR: Bitdeer Technologies Group (Bitdeer) menyatakan hasrat untuk terus melabur di Malaysia kerana yakin dengan hala tuju dan dasar Kerajaan MADANI dalam melaksanakan transformasi digital.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata perkara itu disampaikan oleh Pengasas, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Bitdeer, Jihan Wu semasa kunjungan hormatnya bersama delegasi hari ini.
Anwar berkata, syarikat itu sedang memperhalusi cadangan pelaburan jangka panjang bagi membangunkan infrastruktur kecerdasan buatan (AI) bertaraf dunia di Malaysia.
"Saya tekankan bahawa pelaburan seperti ini perlu membuka peluang pekerjaan dan menyediakan latihan untuk membina kepakaran rakyat Malaysia, khususnya dalam bidang AI, kejuruteraan dan pengkomputeran termaju.









