KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Nestcon Bhd, Nestcon Builders Sdn Bhd (NBSB), hari ini menerima surat anugerah (LOA) daripada BU Developments Sdn Bhd bagi melaksanakan kerja pembinaan sebuah blok apartmen servis 36 tingkat di Bandar Baru Ulu Kelang, Gombak, Selangor, bernilai RM161 juta.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu memaklumkan penerimaan LOA oleh NBSB untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan utama dijangka menyumbang secara positif kepada aset bersih sesaham, perolehan sesaham dan nisbah penggearan syarikat sepanjang tempoh pelaksanaan kerja berkenaan.
"Lembaga pengarah, selepas mempertimbangkan semua aspek LOA dan kerja-kerja pembinaan utama itu, berpendapat bahawa LOA dan kerja-kerja berkenaan adalah dalam urusan biasa perniagaan Nestcon dan penerimaan LOA itu adalah demi kepentingan terbaik syarikat," menurut kenyataan itu.










%2Ffile%2Fattachments%2F889%2FDeepavalieditorialillustration7Nov20261010pm_462582.png&w=480&output=webp&q=85&we)