KUALA LUMPUR: Kemeriahan sambutan Deepavali perlu menjadi medan masyarakat pelbagai lapisan untuk terus mengeratkan persahabatan dan saling menghormati.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata orang ramai juga perlu menggunakan platform sama untuk berkongsi kegembiraan bersama jiran dan sahabat daripada pelbagai kaum.
"Selamat Hari Deepavali kepada semua. Semoga perayaan cahaya ini membawa kebahagiaan, kesejahteraan dan harapan baharu buat anda sekeluarga.
"Saya mendoakan supaya Deepavali ini dipenuhi cahaya rohani, kasih sayang dan detik indah bersama keluarga," katanya dalam kenyataan malam ini.








