Kulai: Berulang Kali Meminta Di:belikan peralatan memancing menjadi kenangan terakhir Mardeli Marazul bersama anaknya, Essikandar Putra Rohaizad, 6, yang ditemukan lemas di sebuah kolam takungan air terbuka berhampiran Taman Sungai Mas di sini, Khamis lepas.

Mardeli, 44, yang bekerja di sebuah kedai berhampiran Terminal Bas Kulai iaitu kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian, berkata anak bongsunya itu memang suka memancing dan kerap merayu agar dibelikan tali pancing tetapi ditolak atas faktor keselamatan.

"Satu minggu sebelum kejadian memang dia nak sangat memancing, minta dibelikan tali tapi saya tidak bagi, saya kata kawasan itu bahaya," katanya ketika ditemui Bernama di kediamannya di Taman Sungai Mas di sini hari ini.