KUALA LUMPUR: Microlink Systems Sdn Bhd, unit milik penuh Microlink Solutions Bhd memperoleh lanjutan kontrak selama 12 bulan bernilai RM59.58 juta bagi sistem saringan penumpang awal (APS) untuk Jabatan Imigresen Malaysia, menjadikan jumlah nilai kontrak tersebut sebanyak RM137.92 juta.
Microlink dalam makluman kepada Bursa Malaysia memaklumkan bahawa anak syarikatnya telah menerima surat daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertarikh 5 November 2026.
Menurut syarikat itu, tambahan tersebut merangkumi perkhidmatan aplikasi berterusan untuk penyertaan syarikat penerbangan tambahan, perkhidmatan infrastruktur, pembaharuan lesen perisian serta perkhidmatan sokongan dan penyelenggaraan bagi sistem APS berkenaan, menurut kenyataan itu.









