KOTA MELAKA - Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar perlu melepaskan jawatan sekiranya tidak bersedia melaksanakan titah Yang di-Pertuan Agong berhubung pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Naib Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, tindakan mempersoalkan titah berkenaan atas alasan terdapat beberapa perkara yang perlu diperjelaskan tidak munasabah, malah disifatkan sebagai usaha melengahkan pelaksanaannya.Beliau berkata, Peguam Negara yang juga anggota Lembaga Pengampunan sepatutnya mengemukakan sebarang kekeliruan ketika mesyuarat lembaga itu berlangsung dan bukannya membangkitkannya selepas keputusan dibuat.Menurut Pengarah Pilihan Raya Wawasan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka itu, perkembangan berkenaan menimbulkan persoalan mengenai kesediaan Peguam Negara untuk melaksanakan titah Yang di-Pertuan Agong."Kenapa tak logik? Sebab Peguam Negara duduk dalam Lembaga Pengampunan. Kalau dia rasa keliru, kalau dia rasa tidak pasti ada kekeliruan atau ambiguiti yang perlu diperjelaskan, tanyalah dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan."Kenapa lambat sangat, habis mesyuarat baru fikir? Dia tak boleh jadi afterthought macam ini dan bagi saya, ini hanyalah satu perkara yang dilakukan untuk melengahkan pelaksanaan titah Yang di-Pertuan Agong," katanya ketika ditemui di Bilik Gerakan Perikatan Nasional (PN) DUN Kesidang, di sini pada Sabtu.ARTIKEL BERKAITAN: Agong titah tidak sepatutnya timbul kekeliruan isu tahanan rumah NajibPeguam Negara didesak tarik balik arahan tangguh tahanan rumah Najib - Veteran UMNOPemuda UMNO negeri, bahagian lapor polis isu ingkar titah AgongUMNO, Pas Machang lapor polis isu pengampunan NajibKeputusan pengampunan mesti dilaksana ikut undang-undang – Ka SiongBN gesa laksana titah perintah Agong segeraBeliau memaklumkan, laporan polis telah dibuat calon PN bagi DUN Kesidang, Albert Kok dan Pengarah Media PN DUN Kesidang, Albert Tei berhubung dakwaan penghinaan terhadap institusi Yang di-Pertuan Agong dalam isu titah tahanan rumah Najib.Mengulas lanjut, Wan Saiful turut mendakwa tindakan itu bukan pertama kali berlaku dan menyifatkan perkembangan terbaharu itu sebagai satu lagi tindakan yang tidak sepatutnya terhadap institusi diraja.Sehubungan itu, beliau menggesa Peguam Negara supaya melepaskan jawatan sekiranya berpendirian bahawa titah Yang di-Pertuan Agong boleh diketepikan."Kalau sekiranya Agong pun dia nak lawan, lebih baik dia letak jawatan. Jangan terus memegang jawatan itu dan menjadi boneka kepada mana-mana pihak yang mempergunakan institusi tersebut untuk kepentingan mereka," jelas beliau.Dalam pada itu, Wan Saiful membandingkan isu berkenaan dengan pengampunan yang diberikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini, yang menurutnya tidak menimbulkan sebarang persoalan atau kelewatan dalam pelaksanaannya.Beliau mempersoalkan mengapa perkara berbeza dibangkitkan apabila ia melibatkan Najib, sedangkan kuas
Tahanan rumah Najib: Laksana titah Agong atau letak jawatan - Wan Saiful

Key takeaways
Wan Saiful menegaskan Peguam Negara perlu melepaskan jawatan jika tidak mahu melaksanakan titah Agong berkaitan tahanan rumah Najib.
- Wan Saiful mengkritik tindakan Peguam Negara yang mempersoalkan titah Agong selepas keputusan dibuat.
- Beliau menyatakan Peguam Negara sepatutnya menyuarakan kekeliruan semasa mesyuarat Lembaga Pengampunan.
- Pembangkang menimbulkan soalan mengenai kesediaan Peguam Negara melaksanakan titah Agong.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- FARAH SHAZWANI ALI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Pertikai titah tahanan rumah Najib bermakna ingkari perintah Agong
- Utusan Malaysia Laksana segera tahanan di rumah – peguam Najib
- Sinar Harian Tahanan rumah Najib: Laksana titah Agong atau letak jawatan - Wan Saiful (this story)








