KUALA LUMPUR: Komisioner Jeneral Penjara digesa segera memindahkan Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Najib Razak ke kediamannya di Langgak Duta di sini, untuk menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah.
Gesaan pasukan pembelaan Najib dibuat selari titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menerusi perintah pengampunan bersyarat ke atas bekas Ahli Parlimen Pekan itu.
Peguam dari firma Tetuan Shafee & Co itu antara lain menggesa Jabatan Peguam Negara (AGC) menarik balik 'penangguhan sementara' bagi pelaksanaan perintah berkenaan secara serta-merta.
"Perintah Yang di-Pertuan Agong mesti dilaksanakan hari ini.









