ISTANBUL: Pelaksanaan tahanan di rumah terhadap Datuk Seri Najib Razak tidak harus dilengahkan selepas pembayaran denda sebanyak RM50 juta dibuat semalam.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata UMNO berpegang teguh kepada keputusan Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sambil menegaskan bahawa kuasa berkenaan adalah kuasa mutlak baginda seperti yang diperuntuk dalam Perlembagaan Persekutuan.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata perkara itu sudah diputuskan dengan jelas dan perlu dipatuhi semua pihak, termasuk Jabatan Peguam Negara (AGC).
"Walaupun ada pihak mempersoal usaha kutipan dana yang dilakukan UMNO sejak sekian lama, ia sebenarnya adalah usaha bersama daripada pihak kami.









