ISTANBUL: UMNO bersedia jika akaun Tabung Solidariti Najib dan sumbangan RM50 juta bagi membayar denda bekas Presidennya, Datuk Seri Najib Razak, diaudit.
Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. berkata UMNO tiada apa-apa untuk disembunyikan kerana parti itu telus sejak dari awal menerusi penubuhan akaun berasingan bagi Tabung Solidariti Najib Razak, hasil keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT).
"Apabila pihak MKT memutuskan untuk menubuhkan dana khas ini, kami membuka akaun yang berasingan untuknya.
"Kami melakukannya secara telus dan jika mereka mahu mengaudit, kami terbuka serta mengalu-alukannya kerana tiada apa yang perlu disembunyikan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.








