Istanbul: UMNO tiada apa-apa untuk disembunyikan dan mengalu-alukan sebarang proses audit ke atas dana sumbangan berjumlah RM50 juta bagi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata, parti itu telus sejak dari awal lagi menerusi penubuhan akaun berasingan bagi Tabung Solidariti Najib Razak berikutan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

"Apabila pihak MKT memutuskan untuk menubuhkan dana khas ini, kami membuka akaun yang berasingan untuknya.

"Kami melakukannya secara telus dan jika mereka mahu mengaudit, kami terbuka serta mengalu-alukannya kerana tiada apa yang perlu disembunyikan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.