Istanbul: Tiada keperluan untuk Peguam Negara diarahkan menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi menjelaskan isu perundangan berhubung pelaksanaan tahanan rumah terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memperuntukkan kuasa pengampunan terletak pada Yang di-Pertuan Agong dan dilaksanakan menerusi Lembaga Pengampunan, termasuk kuasa memberi pengampunan, mengurang atau meringankan hukuman.

Beliau berkata, perkara itu lebih jelas susulan kenyataan Istana Negara yang mengulangi titah Yang di-Pertuan Agong supaya keputusan Lembaga Pengampunan berhubung tahanan rumah Najib dilaksanakan serta-merta.

"Kadangkala saya berasa agak pelik kerana Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan kuasa itu terletak pada Yang di-Pertuan Agong.