LUSAIL, Qatar: Marco Bezzecchi meraih petak pertama bagi perlumbaan Grand Prix (GP) Qatar selepas mencatatkan masa terpantas dalam sesi kelayakan di hadapan pendahulu kejuaraan, Marc Marquez.

Ketika matahari mula terbenam di Litar Lusail, pelumba Itali yang menunggang jentera Aprilia itu memecahkan rekod litar Qatar dengan catatan masa 1 minit 50.028 saat.

Beliau mengatasi semua pencabarnya termasuk pelumba Ducati, Marquez yang berpeluang merangkul gelaran dunia kelapan dalam kelas utama, esok.

Pelumba dari Catalan itu bersama pelumba Itali, Fabio Di Giannantonio yang menunggang jentera Ducati-VR46 mendominasi sesi kelayakan pada Jumaat namun masing-masing tertinggal 0.266 saat dan 0.299 saat di belakang Bezzecchi.