Jasin: Kerjasama antara Pemuda Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) disifatkan amat baik sepanjang tempoh seminggu berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh yang juga calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, berkata pelbagai program digerakkan kedua-dua sayap gabungan itu bagi memastikan pengundi disantuni.

"Alhamdulillah, kerjasama sangat rapat, erat dan berjalan dengan baik. Setakat ini, di Parlimen Jasin dan seluruh Melaka, kedua-dua jentera dapat berkomunikasi serta menjalankan operasi dengan baik.

"Kita harap kerjasama yang sangat baik ini dapat diteruskan selama-lamanya. Kita menjangkakan, seperti keputusan di Negeri Sembilan, begitu juga di Melaka.