PILIHAN Raya Negeri (PRN) Melaka menjadi ujian penting terhadap penjajaran politik baharu, keberkesanan kerjasama antara parti dan hala tuju politik nasional menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).
Dengan kerjasama penuh Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN), selain kerjasama terhad Pakatan Harapan (PH) dengan BERSATU,PRN kali ini memperlihatkan perubahan ketara dalam percaturan politik berbanding pilihan raya sebelumnya.
Sebanyak 79 calon bertanding di 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, membabitkan 24 calon PH, 23 calon BN, 16 daripada Parti Bersama Malaysia (BERSAMA), tujuh BERSATU, lima mewakili PN, seorang daripada Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) dan tiga calon Bebas.








