Majlis Keselamatan Negara (MKN) menegaskan bahawa situasi keselamatan siber negara berada dalam keadaan terkawal dengan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara (NCTL) kekal pada tahap sederhana.
MKN menerusi Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) memaklumkan Pusat Kawalan dan Penyelarasan Siber Negara (NC4) sedang memantau situasi keselamatan siber secara berterusan susulan perkembangan terkini.
MKN dalam kenyatan hari ini memaklumkan NACSA telah mengambil maklum mengenai insiden keselamatan siber serta gangguan sistem yang melibatkan beberapa institusi kewangan dan sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkaitan bagi memantau perkembangannya.
"Bank Negara Malaysia (BNM) selaku Ketua Sektor Perbankan dan Kewangan sedang melaksanakan langkah kesiapsiagaan yang menyeluruh dan bersepadu termasuklah pemantauan berterusan perkembangan tahap keselamatan siber entiti infrastruktur maklumat kritikal negara (NCII) di bawahnya.
%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2019%2F12%2F08240977da8d99d1b9c460dbfdf812c2.jpg&w=900&output=webp&q=85&we)
%2Ffile%2Fattachments%2F889%2FDeepavalieditorialillustration7Nov20261010pm_462582.png&w=480&output=webp&q=85&we)
%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F07%2Feb7d48ea567ca84a0effae9d3f58da5b.png&w=480&output=webp&q=85&we)
%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FMohdDusukiMokhtar20261006_691083.png&w=480&output=webp&q=85&we)
%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FSaifuddinNasutionIsmaildfds_146292.png&w=480&output=webp&q=85&we)
%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2024%2F09%2F20e184f49ca3dd82c31a5f69dd10e0d7.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F968a9ecda9e5dbc8b64c552848fe5d59_306243.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)



