Masjid Tanah: Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid enggan terlalu memikirkan 'rating' sebaliknya mahu memberi tumpuan menemui seramai mungkin pengundi menjelang pengundian pada 14 November ini
Abdul Hakim berkata, memasuki hari kelapan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, beliau sudah mengunjungi banyak lokasi di sekitar di Lendu termasuk ke beberapa taman perumahan.
"Saya beranggapan masih 50-50 (peluang kemenangan) sebab saya tak nak jadi terlalu yakin kerana pesaing juga tentu ada penyokong sendiri.
"Jadi saya lebih fokus, saya tak tengok pun 'rating'. Lebih baik saya fokus bertemu dengan seberapa ramai pengundi dan akhirnya pengundi bijak buat pilihan," katanya ketika ditemui pada sesi walkabout di sekitar Jalan Sekolah Ghafar Baba di sini, hari ini.










%2Ffile%2Fattachments%2F889%2FDeepavalieditorialillustration7Nov20261010pm_462582.png&w=480&output=webp&q=85&we)