MASJID TANAH: Tempoh 14 hari berkempen akan dimanfaatkan sepenuhnya calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid untuk mendengar keluhan penduduk dan mengumpul maklumat masalah setempat.

Abdul Hakim berkata, maklumat diperoleh ini penting supaya dapat diperhalusi sebelum langkah penyelesaian dapat diambil.

"Saya akan turun ke seberapa banyak tempat untuk berjumpa seramai mungkin penduduk supaya dapat mengambil maklumat diperlukan.

"Kalau nak dikatakan mengenai permasalahan rakyat memang banyak, semua orang ada masalah tersendiri. Lain tempat, lain permasalahannya. Ada perkara tidak boleh diselesaikan dalam tempoh terdekat dan mengambil masa.