Kuala Krai: Seorang wanita maut, manakala suaminya cedera selepas motosikal dinaiki pasangan itu bergesel dengan sebuah treler di Kilometer 71 Jalan Kota Bharu-Gua Musang, di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian jam 1.10 tengah hari itu, mangsa berusia 55 yang membonceng motosikal ditunggang suaminya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat, berkata siasatan awal mendapati sebuah treler dalam perjalanan dari Gua Musang menghala ke Kuala Krai.

"Apabila sampai di lokasi kejadian, pemandu treler mendapati sebuah motosikal bergesel pada bahagian tayar paling belakang sebelah kiri kenderaan dipandunya.