GEORGE TOWN – Seorang lelaki maut manakala wanita parah selepas motosikal yang naiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas Rapid di Jalan Mayang Pasir, Bayan Baru di sini, lewat malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.38 malam itu, mangsa lelaki berusia 29 tahun ditemukan tidak sedarkan diri di bawah bahagian hadapan bas berkenaan.

Seorang lagi mangsa wanita berusia 23 tahun pula tersepit di bahagian hadapan bas sebelum berjaya dikeluarkan pasukan bomba.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata,, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu