KUALA LUMPUR: Syarikat tempatan perlu meningkatkan pelaburan dalam pembangunan bakat dan modal bagi memanfaatkan sepenuhnya peluang yang terhasil daripada perkembangan ekonomi digital.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata hal ini kerana matlamat akhir adalah untuk melahirkan lebih banyak syarikat tempatan yang berdaya saing, tenaga kerja berkemahiran tinggi serta perkhidmatan awam yang lebih cekap.

Katanya, pendekatan itu penting bagi memastikan pelaburan digital yang dilaksanakan bukan sekadar memperkukuh infrastruktur teknologi negara, sebaliknya mampu menjana nilai ekonomi yang bermakna dan berkekalan.

"Matlamat utama kita adalah untuk membangunkan syarikat Malaysia yang lebih berdaya saing, tenaga kerja berkemahiran tinggi serta perkhidmatan awam yang lebih cekap, sekali gus memastikan pelaburan digital mampu diterjemahkan kepada nilai ekonomi yang bermakna dan berkekalan.