Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam Simposium Guru Agama dan Penganugerahan Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Perlis 2026 , hari ini. (Gambar Bernama)KANGAR: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah guru agama perlu memanfaatkan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) khususnya bagi memperluas capaian dakwah kepada generasi muda.

Baginda bertitah, perkembangan teknologi digital dan AI menyediakan pelbagai kemudahan untuk menyebarkan ilmu agama kepada masyarakat, namun setiap maklumat disampaikan perlu disemak dan dipastikan kesahihannya.

“Guru agama hendaklah mampu menilai sumber, memahami konteks dan memastikan penjelasan yang diberikan berlandaskan rujukan agama yang muktabar,” titah baginda ketika merasmikan Simposium Guru Agama dan Penganugerahan Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Perlis 2026 di sini hari ini.