Kapsyen: Mokhzani Mahathir hadir mewakili bapanya, Mahathir, pada SG4 Business & Economic Forum 2026.KUALA LUMPUR: Rakyat di empat negeri SG4 perlu berkongsi cita-cita yang sama supaya kekayaan dan sumber baharu yang dimiliki dapat dimanfaatkan sepenuhnya, kata Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri itu berkata sejak idea SG4 diperkenalkan, pemimpin dari Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis semakin menyedari kekuatan dimiliki serta potensi boleh dibangunkan terutama di luar kegiatan ekonomi tradisional.
Penasihat SG4 itu berkata Kedah yang selama ini sinonim dengan penanaman padi mahu berkembang sebagai hab pembuatan, manakala Kelantan membawa sektor pertanian ke arah lebih komersial dan bukan sekadar untuk sara diri.






