SIBU - Polis menahan sembilan individu berusia antara 16 hingga 42 tahun bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang dipercayai ditikam dalam pergaduhan di sebuah taman awam di Jalan Gambir di sini awal pagi tadi.Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kesemua suspek ditahan di beberapa lokasi sekitar Sibu antara 10 pagi hingga 4 petang tadi hasil risikan dan siasatan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu.Beliau berkata, polis menerima laporan kira-kira 2 pagi tadi berhubung kejadian pergaduhan yang menyaksikan pengadu dipukul sekumpulan individu."Dalam kejadian itu, seorang lelaki dipercayai ditikam menggunakan senjata tajam dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Hospital Sibu," katanya dalam kenyataan malam ini.Abang Zainal Abidin berkata kejadian berkenaan turut tular di media sosial Facebook.Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.Polis turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya tampil membantu siasatan.Terdahulu, remaja berkenaan dilaporkan maut selepas dipercayai ditikam pada bahagian dada dengan senjata tajam dalam kejadian kira-kira 12 tengah malam.Mangsa meninggal dunia selepas dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan. - Bernama
Sembilan individu ditahan bantu siasat kes pembunuhan remaja di Sibu

Key takeaways
Sembilan individu ditahan untuk membantu siasatan pembunuhan seorang remaja lelaki 19 tahun yang dipercayai ditikam dalam pergaduhan di Sibu.
- Polis menahan sembilan individu berusia 16 hingga 42 tahun.
- Remaja lelaki 19 tahun dipercayai ditikam dan meninggal dunia dalam pergaduhan.
- Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dengan hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian , Harian Metro
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Gig 'hardcore berdarah' di Melaka: 10 ditahan, polis siasat kes bunuh
- Malaysiakini (BM) Polis tahan sembilan individu disyaki terlibat kes pecah kubur di Miri
- Sinar Harian Sembilan individu ditahan bantu siasat kes pembunuhan remaja di Sibu (this story)
- Berita Harian Remaja maut ditikam: 9 individu ditahan bantu siasat








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2019%2F12%2F08240977da8d99d1b9c460dbfdf812c2.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
