KUALA LUMPUR – Seramai 71 individu ditahan Jabatan Imigresen (JIM) bagi membantu siasatan berhubung kegiatan pemalsuan dokumen dan dokumen perjalanan berkaitan urusan pemeriksaan kesihatan pekerja asing sejak 2024 hingga kini.
JIM dalam kenyataan berkata, sebanyak 17 operasi penguatkuasaan telah dilaksanakan bagi membanteras kegiatan pemalsuan pasport serta pengubahsuaian maklumat biodata pekerja asing.
“Kegiatan berkenaan dikesan berkaitan urusan pemeriksaan kesihatan dan lanjutan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).
“Namun ia tidak semestinya bermaksud dokumen berkenaan digunakan untuk memasuki Malaysia,” katanya hari ini.










