MARAN - Dakwaan kehadiran tiga lelaki mencurigakan berpakaian hitam, bertopeng dan dipercayai bersenjatakan parang di kawasan kebun getah Kampung Orang Asli Sungai Jempol di sini, didapati tidak tepat.Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai berkata, pihaknya mengesan penularan maklumat berhubung kejadian itu menerusi aplikasi WhatsApp sebelum pemeriksaan dan siasatan awal dijalankan.Menurutnya, anggota dari Balai Polis Sungai Jerik di sini telah ke lokasi kejadian untuk pemeriksaan dan mendapatkan keterangan daripada individu yang dipercayai melihat kejadian berkenaan."Hasil siasatan awal mendapati individu yang dilihat saksi hanyalah seorang lelaki berpakaian hitam, memakai penutup muka dan menggalas sebuah beg."Tiada senjata dilihat atau disahkan dalam kejadian tersebut," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, pihak polis memandang serius perkara itu dan akan meneruskan rondaan serta pemantauan secara berkala di kawasan berkenaan."Langkah itu bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman penduduk setempat sentiasa terpelihara."Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan," katanya.Menurutnya, penyebaran maklumat tidak tepat boleh menimbulkan kegusaran dan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat atau terserempak dengan individu mencurigakan diminta segera menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut.
Polis nafi dakwaan tiga lelaki bersenjata parang di kampung Orang Asli

Key takeaways
Polis menafikan dakwaan tiga lelaki bersenjata parang di kampung Orang Asli. Hanya seorang lelaki dilihat dengan beg dan topeng.
- Polis mengesahkan hanya seorang lelaki dilihat, bukan tiga orang seperti dilaporkan.
- Tiada senjata ditemui semasa siasatan awal di kawasan tersebut.
- Polis akan tingkatkan rondaan untuk memastikan keselamatan penduduk.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NIK AMIRULMUMIN NIK MIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Lelaki cedera diserang tiga individu bersenjata tajam
- Sinar Harian Polis nafi dakwaan tiga lelaki bersenjata parang di kampung Orang Asli (this story)







