SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesyorkan mana-mana hantaran berkaitan dengan Aliff Daniel Adli di media sosial agar diturunkan segera susulan individu itu telah dijatuhi hukuman dan telah membuat pengisytiharan taubat berhubung kesalahan syariahnya.Pengarah JAIS, Datuk Shahzihan Ahmad berkata syor berkenaan bagi memberi sokongan kepada lelaki itu dan keluarganya yang telah bertaubat dan ingin mengamalkan Islam yang sebenar tanpa jejak digital yang memberi gambaran buruk kepada mereka, pihak berkuasa agama, umat dan agama Islam."Mari kita bersama-sama bersangka baik sesama Islam, menjaga maruah saudara kita, saling menghormati dan bersama mewujudkan kesedaran melalui persekitaran yang mendukung kebaikan Aliff Daniel, keluarga dan umat Islam seluruhnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Pada 5 November lepas, Aliff Daniel, 21, bersama-sama ibu, Rohizayanti Ramli, 52, serta adik perempuannya, Nur Ranea Ezreen, 19, melafazkan taubat secara terbuka menerusi Majlis Pengisytiharan Taubat (Istitabah) di hadapan tiga saksi utama.Ketiga-tiga beranak itu membuat pengisytiharan dan ikrar taubat secara terbuka pada 2.40 petang di hadapan Mufti Selangor Datuk Dr Anhar Opir, Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Mohd Sabirin Mohd Sarbini dan Pengerusi Jawatankuasa Pengawalan Akidah MAIS Datin Paduka Dr Khadijah Khambali@Hambali.Sebelum itu, pada 4 November, Aliff Daniel diarah menjalani pemulihan akidah selama tiga bulan di Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman, Hulu Yam oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat.Hakim Syarie Mohd Faizal Habib memutuskan demikian selepas beliau mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan pemujaan salah dengan menyertai ritual agama lain (menjunjung alat keagamaan, mencucuk anggota badan dan berlutut di hadapan patung di sebuah kuil di Batu Caves pada 24 Jan 2024.Aliff Daniel didakwa di bawah Seksyen 4(1) dan Seksyen 54(1) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995. - Bernama
JAIS syor turunkan hantaran berkaitan Aliff Daniel di media sosial

Key takeaways
JAIS menyarankan untuk menurunkan hantaran berkaitan Aliff Daniel di media sosial selepas dia dijatuhi hukuman dan membuat pengisytiharan taubat.
- Aliff Daniel dijatuhi hukuman syariah kerana melakukan pemujaan salah.
- Dia dan keluarganya membuat pengisytiharan taubat secara terbuka di hadapan saksi.
- JAIS meminta masyarakat menjaga maruah dan menghormati Aliff Daniel dan keluarganya.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Sinar Harian JAIS syor turunkan hantaran berkaitan Aliff Daniel di media sosial (this story)








