Kuala Lumpur: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, masih belum dibebaskan dari Penjara Kajang untuk menjalani tahanan rumah.
Pasukan pembelaan Najib iaitu firma guaman, Shafee & Co, berkata proses pembebasan Najib untuk menjalani tahanan rumah sedang berlangsung ketika kenyataan Jabatan Peguam Negara (AGC) dikeluarkan.
"Sebentar tadi AGC mengeluarkan kenyataan media yang mendakwa tahanan di rumah anak guam kami ditangguhkan buat sementara waktu. Kami menolak kenyataan itu.
"Bagi mengelakkan sebarang keraguan, anak guam kami masih belum meninggalkan Penjara Kajang dan proses melepaskan beliau untuk menjalani tahanan di rumah sedang berjalan apabila kenyataan itu dikeluarkan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.









%2Ffile%2Fattachments%2F885%2Fskft0611_511821.png&w=480&output=webp&q=85&we)
