KUALA LUMPUR: Makanan berkhasiat akan melahirkan generasi yang sihat dan cerdas. Atas dasar itu, Ayam Brand penganjuran kempen terbaharunya #AyamBersamaMu: Bekal Sihat Masa Depan melibatkan murid-murid di 10 buah sekolah rendah di 10 negeri di Semenanjung Malaysia.
Inisiatif di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR), turut menyantuni lebih 700 penerima menerusi sumbangan makanan kepada 20 rumah anak yatim dan rumah kebajikan di seluruh negara.
Pengarah Pemasaran Ayam Brand, Teoh Wei Ling berkata, program berasaskan sekolah itu menggabungkan pendidikan pemakanan, aktiviti penyediaan makanan secara praktikal dan amalan kelestarian bagi membantu murid membentuk tabiat pemakanan yang lebih sihat serta memahami kepentingan menjaga alam sekitar.










%2Ffile%2Fattachments%2F885%2Fskft0611_511821.png&w=480&output=webp&q=85&we)