PETALING JAYA:Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Bahagian Penguasa Angkasa (BPAngkasa) mengesahkan menerima maklumat awal mengenai laporan penampakan cahaya terang di beberapa kawasan di ruang udara Malaysia pada malam kelmarin.
MOSTI dalam satu kenyataan berkata, penampakan cahaya terang ini turut dikaitkan dengan kemasukan semula (re-entry) dengan Satelit Balai Cerap Neil Gehrels Swift (Neil Gehrels Swift Observatory) milik Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).
Bagaimanapun katanya, setakat ini, tiada laporan rasmi mengenai penemuan sebarang serpihan objek disyaki objek angkasa seperti roket di darat atau perairan Malaysia.
“Pemantauan sedang dijalankan secara aktif oleh BPAngkasa dengan kerjasama agensi-agensi yang berkaitan.









