Kuala Lumpur: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mempersoalkan pendirian Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menangguhkan pelaksanaan tahanan rumah terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, semua pihak perlu menghormati Titah dan Kuasa Pengampunan Yang di-Pertuan Agong mengikut peruntukan Perkara 42 (1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan serta tidak mencabar perundangan negara.

Katanya, Yang di-Pertuan Agong menerusi Lembaga Pengampunan sudah pun membuat keputusan dan menetapkan syarat yang sudah dipenuhi sepenuhnya.

​"Tuanku menerusi Lembaga Pengampunan sudah membuat keputusan dan menitahkan syarat-syarat yang sudah dipenuhi.