Rosmah Mansor berkata beliau dan keluarganya tidak dimaklumkan mengenai sebarang perkembangan berhubung pembayaran denda itu. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Rosmah Mansor berkata beliau tidak mengetahui laporan bahawa dua wakil telah hadir ke Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat untuk membayar denda RM50 juta yang dikenakan terhadap suaminya, bekas perdana menteri Najib Razak.

Rosmah berkata, beliau mahupun ahli keluarganya tidak dimaklumkan mengenai sebarang perkembangan berhubung perkara itu, termasuk dakwaan pembayaran berkenaan.

“Saya tidak tahu. Keluarga saya juga tidak dimaklumkan. Sepatutnya kamu beritahu saya.

“Jika laporan itu tidak benar, mereka perlu menarik balik laporan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri pengurusan kes berhubung kes projek solar beliau di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.