ISTANBUL: Hampir 600,000 orang menyertai tunjuk perasaan di seluruh Perancis, semalam, menurut anggaran awal oleh Kementerian Dalam Negeri, sekali gus merekodkan jumlah terbesar sejak gerakan protes bermula, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik BFMTV.
Anggaran berkenaan melepasi jumlah 550,000 penunjuk perasaan yang direkodkan pada 17 Oktober lalu, 410,000 (24 Oktober) dan 320,000 (31 Oktober).
Malah, gabungan kesatuan sekerja CGT mendakwa bahawa hampir 1.6 juta penunjuk perasaan menyertai demonstrasi di seluruh negara itu, berbanding anggaran jumlah diberikan Kementerian Dalam Negeri.
Selain itu, ia mendakwa penunjuk perasaan di Paris yang menyertai perarakan antara Place de la Republique dengan Place de la Nation mencecah 350,000 orang.








