MELAKA: Penambahbaikan infrastruktur dan pembelaan hak golongan rentan menjadi antara keutamaan calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Hilir, Leng Chau Yen sekiranya diberikan mandat sekali lagi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Beliau berkata, tumpuan itu merangkumi usaha menaik taraf kemudahan awam serta memperjuangkan hak golongan yang memerlukan perhatian, termasuk wanita, orang kurang upaya (OKU), kanak-kanak dan warga emas.

Menurutnya, masih terdapat infrastruktur di kawasan berkenaan yang memerlukan penambahbaikan bagi memastikan keperluan masyarakat setempat terus diberikan perhatian.

“Yang pertama, saya rasa saya akan naik taraf infrastruktur di kawasan saya dan juga akan lebih pergi mempertahankan hak-hak kemanusiaan.