Tindakan seorang doktor menggaji pekerja warga Pakistan tanpa permit kerja sah mengundang padah apabila didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Key takeaways
Doktor N. Vigneswaran didenda RM10,000 kerana menggaji pekerja Pakistan tanpa permit, dan berpotensi penjara lima bulan jika tidak bayar. Pekerja tersebut, Adnan Khan, juga didenda RM10,000 dan dijatuhkan hukuman penjara di Penjara Kluang.
- N. Vigneswaran didenda RM10,000 dan boleh dipenjarakan lima bulan jika tidak bayar.
- Adnan Khan, pekerja Pakistan, didenda RM10,000 dan dijatuhkan penjara di Penjara Kluang.
- Kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
Summarised automatically by AI from the original article by Kosmo. AI can make mistakes, so check the original for details.
JOHOR BAHRU – Tindakan seorang doktor menggaji pekerja warga Pakistan tanpa permit kerja sah mengundang padah apabila didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Tertuduh, N. Vigneswaran, 44, turut berdepan hukuman penjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut. Bagaimanapun, dia menjelaskan bayaran berkenaan.
Hukuman dijatuhkan Majistret Nur Zihan Abdul Rehman selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan menggaji pekerja asing tanpa permit sah mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggaji seorang lelaki warga Pakistan, Adnan Khan, 34, tan