KUANTAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang membongkar kegiatan menyalahgunakan kemudahan fleet card bagi pembelian diesel di sebuah kilang pemprosesan kelapa sawit di Pekan, semalam.

Pengarah KPDN Negeri Pahang, Jezlily Jamaluddin, berkata kilang yang sama turut dikesan melakukan aktiviti pemindahan dan penyimpanan diesel tidak mematuhi syarat permit.

Katanya, berdasarkan laporan, operasi dilakukan sepasukan pegawai penguat kuasa KPDN itu pada jam 11 pagi, susulan aduan dan maklumat risikan yang diterima.

"Hasil pemeriksaan mendapati berlaku aktiviti pemindahan cecair petroleum yang disyaki diesel daripada tangki sebuah lori ke tempat penyimpanan di kawasan kilang.