JOHOR BAHRU: Doktor poliklinik swasta didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini selepas mengaku bersalah menggaji pekerja lelaki warga Pakistan tanpa permit sah, bulan lalu.
Majistret Atifah Hazimah Wahab turut memerintahkan Dr N Vigneswaran, 44, dipenjara lima bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 kerana mengambil pekerja iaitu lelaki warga Pakistan, Adnan Khan, 34, tanpa permit sah di klinik di Taman Desa Cemerlang, Ulu Tiram, di sini kira-kira jam 1.44 pagi pada 18 Oktober lalu.
Sementara itu, di kamar berasingan, warga asing terbabit turut didenda RM10,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 15(1)(c) akta sama kerana tinggal lebih masa di negara ini.









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F06%2F1ec93fdedfdf033f92d2adde9e1083c5.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
