HULU KELANG: Selepas lebih empat dekad membina empayar penerbitan drama, Datuk Yusof Haslam, 73, reda sekiranya legasi yang diusahakannya sejak 1985 tidak diteruskan anak-anak, khususnya dalam bidang penerbitan drama televisyen.
Pengarah dan penerbit prolifik itu berkata, setakat ini, dia belum melihat kecenderungan anak-anaknya untuk menyambung perjuangan menerbitkan drama, sebaliknya Syafiq Yusof dan Syamsul Yusof lebih berminat mengarahkan filem.
Yusof berkata, isterinya, Datin Patimah Ismail, juga pernah meluahkan pandangan sama, memandangkan mereka menyaksikan sendiri betapa besar pengorbanan yang dicurahkan untuk membangunkan syarikat.
" Saya pasrah jika tiada yang mahu meneruskan legasi ini. Isteri pun ada berkata perkara sama.










