Kajang: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas kenderaan yang membawanya dilihat keluar dari kompleks Penjara Kajang, di sini, hari ini

Sumber berkata, bekas Ahli Parlimen Pekan itu berkemungkinan besar akan kembali ke penjara selepas selesai menjalani pemeriksaan di hospital kerana terdapat beberapa urusan di penjara yang perlu diselesaikan sebelum pergerakan seterusnya dimuktamadkan.

Menurutnya, pihaknya masih menunggu pengesahan berhubung proses berkenaan sebelum dapat memberikan maklumat lanjut mengenai pergerakan Najib.

"Setakat ini, saya tidak pasti (pergerakan pulang ke rumah) sebab yang saya faham masih ada proses (belum selesai) di penjara yang akan dibuat dahulu.