KUALA LUMPUR: 12 daripada lebih 50 pampasan polisi insurans rakyat Malaysia yang terbabit dalam banjir besar Nepal sudah diselesaikan dan dibayar kepada waris.
Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), Chua Kim Soon, berkata polisi dikenal pasti itu kebanyakannya membabitkan insurans perjalanan, kemalangan diri tahunan dan kemalangan diri berkelompok.
Beliau berkata, pihak insurans sedang berusaha mempercepatkan proses tuntutan bagi membantu meringankan beban kewangan keluarga mangsa yang terjejas.
"Setakat ini, lebih 50 polisi insurans membabitkan rakyat Malaysia sudah dikenal pasti dan sekurang-kurangnya 12 daripadanya sudah diselesaikan serta bayaran dibuat kepada waris.










%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fnajibrazak1_740838.png&w=480&output=webp&q=85&we)