MELAKA: BERSATU tidak mengeluarkan sebarang arahan rasmi kepada ahli dan penyokongnya untuk membalas sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 14 November ini.
Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pihaknya bagaimanapun mengalu-alukan mana-mana pihak atau penyokong parti itu yang berhasrat memberi sokongan kepada calon PH.
"Kita mengalu-alukan sesiapa sahaja yang memikirkan baik untuk menyokong BERSATU. Tentu kita sanjung kerana kita mahu supaya calon-calon kita yang bertanding ini boleh mencapai kemenangan.
"Bagaimanapun, kita tak ada keluar arahan mana-mana. Namun dalam kalangan ahli BERSATU, mereka faham apa yang patut dibuat," katanya ketika ditemui selepas majlis menyantuni rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dalam Parlimen Tangga Batu di sini, hari ini.








