Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan (KKM) sudah menyelesaikan pengisian 11,969 daripada 18,641 jawatan yang diluluskan bagi tahun ini, manakala bakinya berjumlah 6,671 masih dalam proses.

KKM dalam kenyataan hari ini berkata pengisian yang selesai itu merangkumi 64.21 peratus daripada keseluruhan kelulusan perjawatan diterima tahun ini.

Katanya, ia membabitkan pelantikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan penempatan ke fasiliti kesihatan berkaitan.

"Bagi baki 6,671 jawatan atau 35.79 peratus yang masih dalam tindakan, urusan permohonan, pelantikan dan penempatan bagi 2,418 pegawai akan diselesaikan sepenuhnya tahun ini.