LONDON: Lewis Hamilton enggan berundur daripada ketegangan yang berlaku membabitnya dirinya dengan Charles Leclerc apabila menegaskan 'saya takkan berdiam diri.'
Kemelut dalam kem Ferrari susulan Grand Prix (GP) Mexico pada Ahad lalu terus berpanjangan menjelang perlumbaan di Sao Paulo, hujung minggu ini.
Hamilton berang selepas pelumba berasal dari Monaco, Leclerc memotong laluan di selekoh S pada pusingan pertama untuk merampas kedudukan pendahulu daripada pelumba Britain itu.
Hamilton menegaskan bahawa sekiranya jentera Ferrari bekerjasama pada ketika itu, mereka berpotensi meraih keputusan satu-dua di pentas podium dan bukannya tempat kedua buat beliau manakala Leclerc di tempat keempat.









