SHAH ALAM: Semua kerja pembangunan di Puncak Alam dihentikan segera sementara pelan migitasi banjir serta Penilaian Impak Alam Sekitar dinilai semula.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata perkara itu diputuskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini.

"Pada masa sama, Jalan Batu Arang di Rawang akan ditutup sementara oleh Jabatan Kerja Raya, susulan runtuhan tebing serta memberi ruang untuk kerja pembaikan dijalankan.

"Tambahan kepada itu, kerja mitigasi banjir baik berskala kecil ataupun besar di seluruh negeri terutamanya kawasan yang berisiko lebih tinggi perlu dipercepat dengan kadar amat segera dan bukan mengikut jadual konvensional memandangkan hujan dijangka hampir setiap hari.