KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengesahkan menerima laporan penampakan cahaya terang di beberapa kawasan ruang udara negara pada Rabu lalu, yang dikaitkan dengan kemasukan semula satelit milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) ke atmosfera bumi.
MOSTI dalam kenyataan berkata, pihaknya melalui Bahagian Penguasa Angkasa (BPAngkasa) sudah menerima maklumat awal berhubung laporan penampakan cahaya berkenaan pada Rabu lalu.
"Pemantauan sedang dijalankan secara aktif oleh BPAngkasa dengan kerjasama agensi-agensi yang berkaitan
"Orang awam dinasihatkan tidak menyentuh sebarang objek mencurigakan dan segera melaporkan kepada pihak berkuasa atau talian kecemasan 999 atau terus kepada BPAngkasa di talian 03-8885 8685 atau emel kepada bpadg@mosti.gov.my," katanya dalam kenyataan, hari ini.









