SHAH ALAM – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Razlan Rafii membidas penangguhan sementara pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Razlan menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook mendakwa tindakan berkenaan hanyalah satu muslihat."Muslihat demi muslihat yang digunakan untuk mencari penderhakaan."Inilah negara koboi," tulisnya pada Jumaat.Menerusi hantaran sama, beliau turut berkongsi kenyataan media Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) berhubung pengumuman pengampunan bersyarat kepada Najib untuk menjalani baki hukuman secara tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta.Menurut kenyataan itu, ketetapan pengampunan berkenaan dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan.Dalam masa sama, Razlan turut mempersoalkan tindakan pihak tertentu yang didakwanya gagal memahami kenyataan rasmi berhubung pengampunan Najib."Di mana yang susah hendak difahami dengan kenyataan ini?" katanya.ARTIKEL BERKAITAN: ‘Keluarga tidak dimaklumkan’- Rosmah kata tidak tahu dua wakil bayar denda RM50 juta NajibDenda RM50 juta Najib: Pegawai khas, pemimpin UMNO muncul di kaunter bayaran mahkamahNajib sudah bayar RM50 juta - PeguamDana sudah mencukupi, UMNO tutup Tabung Solidariti Najib[VIDEO] Peguam ke Penjara Kajang serah perintah tahanan rumah NajibDua kenderaan Jabatan Penjara memasuki kediaman NajibKronologi keputusan tahanan rumah NajibAnwar tidak setuju UMNO bayar denda RM50 juta bagi pihak Najib, rasuah tidak boleh dikompromi
Isu tahanan rumah Najib: Razlan dakwa wujud muslihat

Key takeaways
Ahli MKT UMNO, Datuk Razlan Rafii, mendakwa penangguhan tahanan rumah Najib sebagai muslihat. Beliau turut mempersoalkan pihak yang didakwanya gagal memahami kenyataan rasmi mengenai pengampunan bersyarat tersebut.
- Razlan Rafii mendakwa penangguhan tahanan rumah Najib hanyalah satu muslihat.
- Pengampunan bersyarat membolehkan Najib menjalani baki hukuman di rumah sehingga 23 Ogos 2028.
- Ketetapan pengampunan dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- ROSKHOIRAH YAHYA
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Najib lunaskan denda RM50 juta untuk tahanan rumah
- Sinar Harian Isu tahanan rumah Najib: Razlan dakwa wujud muslihat (this story)
- Malaysiakini (BM) Peguam Najib tuntut tahanan rumah segera, gesa AGC tarik balik kenyataan








