SHAH ALAM - Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman mempersoalkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta rakyat memilih calon mempunyai 'talian terus' ke Pejabat Perdana Menteri pada Pilihan Raya Negeri ( PRN) Melaka.Syahir berkata, kenyataan itu amat mengejutkan memandangkan Anwar dikenali sebagai seorang pemimpin yang selama ini lantang memperjuangkan reformasi institusi, menentang amalan kronisme dan nepotisme dalam politik."Malah, kenyataan ini bercanggah dengan naratif beliau sendiri yang menyeru pengundi menilai prestasi dan integriti calon, bukannya berdasarkan hubungan langsung atau ‘kabel’ dengan elit politik."Jadi, terserah kepada rakyat untuk menilainya," ujarnya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Sebelum ini, pengundi pada PRN Melaka diseru supaya memilih wakil rakyat yang mempunyai 'talian terus' ke Pejabat Perdana Menteri bagi melicinkan urusan pembangunan serta pembelaan nasib penduduk setempat.Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar berkata hubungan baik dan keselarasan hala tuju antara pentadbiran Persekutuan dan wakil rakyat di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) amat penting bagi memastikan pelaksanaan projek pembangunan serta dasar kebajikan rakyat berjalan lancar.Mengambil contoh calon PH bagi kerusi DUN Paya Rumput dan DUN Kelebang, Anwar berkata kedua-dua calon iaitu Datuk Azman Abidin dan Farzana Hayani Mohd Nasir mempunyai hala tuju yang sama dengan kerajaan Persekutuan dan kewibawaan serta integriti mereka amat diperlukanSyahir turut menimbulkan persoalan tentang keyakinan terhadap keupayaan calon yang ditawarkan oleh PH sehingga perlu bergantung pada ‘payung’ Perdana Menteri sebagai kelebihan politik.
PRN Melaka: Kenyataan PM pilih calon punyai ‘talian terus’ bercanggah dengan naratif sendiri - Syahir

Key takeaways
Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman mempersoalkan kenyataan PM Anwar Ibrahim yang menyuruh rakyat memilih calon dengan 'talian terus' ke Pejabat Perdana Menteri.
- Syahir mengejutkan dengan kenyataan Anwar yang disifatkan bercanggah dengan naratif beliau sendiri.
- Anwar menekankan pentingnya hubungan baik antara pentadbiran dan wakil rakyat untuk pembangunan.
- Syahir mempertikaikan keyakinan PH terhadap keupayaan calon mereka.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- ROSKHOIRAH YAHYA
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) PRN Melaka: Kesemua 28 pusat penamaan calon ditutup 10 pagi ini
- Malaysiakini (BM) PRN Melaka | Pemimpin utama parti turun padang iringi calon
- Sinar Harian PRN Melaka: Kenyataan PM pilih calon punyai ‘talian terus’ bercanggah dengan naratif sendiri - Syahir (this story)








