SUNGAI PETANI – Kegembiraan pasangan suami isteri meluangkan masa bersama bertukar tragedi apabila kedua-duanya maut dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan pada Jumaat.Difahamkan, skuter Yamaha XMAX yang dinaiki pesara polis, Sarjan (B) Suhaimi Saidin, 64, dan isterinya, Normah Hashim, 60, terlibat dalam kemalangan dengan sebuah motosikal serta sebuah kereta di lokasi kejadian.Anak bongsu pasangan itu, Mohd Fikri Suhaimi, 26, tidak menyangka kehilangan kedua-dua insan tersayang dalam sekelip mata.Menurutnya, sebelum kejadian, ibu bapanya baharu selesai menyervis motosikal dan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Bandar Utama, di sini."Pagi tadi mak hantar gambar beritahu sedang servis motosikal di Ayer Hitam, Pulau Pinang. Sebelum ini saya ada beritahu tak perlu servis motosikal jauh-jauh sebab risaukan faktor keselamatan. Namun, takdir menentukan segalanya."Kami memang berasal dari sana. Motosikal itu juga dibeli di sana, jadi mereka sudah terbiasa menghantarnya untuk diservis sambil mengambil peluang makan dan bersiar-siar," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) pada Jumaat.Menurutnya, tiada sebarang petanda ditunjukkan oleh kedua-dua ibu bapanya sebelum kejadian, namun mereka sentiasa berpesan supaya tidak meninggalkan solat lima waktu."Pagi tadi kami bersalaman sebelum mereka keluar seperti biasa, tetapi tiba-tiba saya menerima berita seperti ini," katanya dalam nada sebak.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan, berkata, kemalangan berlaku di Kilometer 114.4 Lebuhraya Utara Selatan arah utara membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta."Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta berhenti di lorong kecemasan untuk menukar pemandu. Setelah selesai menukar pemandu, kenderaan itu dipercayai bergerak keluar dari lorong kecemasan menuju ke lorong kiri sebelum dirempuh dua motosikal."Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian."Dalam kejadian ini, kedua-dua mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua remaja berusia 18 dan 15 tahun yang menaiki sebuah lagi motosikal mengalami kecederaan dan dibawa ke HSAH untuk mendapatkan rawatan," katanya.Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke HSAH untuk dibedah siasat sebelum dibawa ke Masjid Bandar Perdana bagi urusan solat jenazah.Jenazah pasangan itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatus Solihin, Taman Kelisa Ria, di sini selepas semua urusan selesai.
Pesara polis, isteri maut kemalangan

Key takeaways
Seorang pesara polis dan isterinya maut dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan pada Jumaat.
- Kemalangan melibatkan skuter, motosikal dan kereta di lokasi kejadian.
- Pasangan itu sedang dalam perjalanan pulang selepas menyervis motosikal.
- Anak bongsu mereka menyatakan kehilangan yang tidak disangka-sangka.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia , Harian Metro , Harian Metro
Story details
- Published
- By
- SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Harian Metro Pesara polis, isteri maut nahas tiga kenderaan
- Utusan Malaysia Pesara polis, isteri antara tiga maut kemalangan
- Berita Harian Suami isteri maut dalam kemalangan tiga kenderaan
- Sinar Harian Pesara polis, isteri maut kemalangan (this story)








