Kuala Selangor: Dua projek pembangunan seluas keseluruhan 20 ekar (lebih lapan hektar) di sekitar Saujana Aman, Puncak Alam akan diperiksa susulan kejadian banjir yang menjejaskan kediaman penduduk di kawasan itu.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kedua-dua projek berkeluasan 2.02 hektar dan 6.07 itu dikenal pasti mempunyai kesan terhadap peningkatan limpahan air di kawasan berkenaan.
Menurut beliau, pemeriksaan segera perlu dilakukan bagi mengenal pasti sejauh mana pembangunan itu mempengaruhi aliran air sehingga menyebabkan limpahan ke kawasan perumahan.
"Daripada laporan, memang ada kesan sedikit limpahan dan juga tempat lain. Itu saya minta untuk segera kita ambil tindakan," katanya selepas meninjau kolam tadahan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam di sini, hari ini.







%2Ffile%2Fattachments%2F889%2Fmelako2_170801.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)

